awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan antidadah Pakistan rampas lebih 260kg dadah dalam operasi di seluruh negara

Bernama
Bernama
01/12/2024
21:15 MYT
Pasukan antidadah Pakistan rampas lebih 260kg dadah dalam operasi di seluruh negara
ANF merampas dadah bernilai kira-kira 24.4 juta Rupee Pakistan (sekitar AS$288,537) di pasaran gelap menerusi operasi di beberapa kawasan dalam tempoh empat hari lepas.
ISLAMABAD: Pasukan Antidadah Pakistan (ANF) melancarkan beberapa operasi antiseludup di seluruh negara dengan rampasan lebih 260 kilogram (kg) dadah, kata seorang pegawai pada Sabtu.
Jurucakap ANF, menurut laporan Xinhua berkata dalam satu kenyataan bahawa anggota pasukan itu merampas dadah bernilai kira-kira 24.4 juta Rupee Pakistan (sekitar AS$288,537) di pasaran gelap menerusi operasi di beberapa kawasan dalam tempoh empat hari lepas.
Menurut pegawai itu, ANF turut menahan 14 suspek dalam operasi itu, yang kemudiannya telah dihantar ke pusat siasatan selepas kes didaftarkan terhadap mereka.
Dadah yang dirampas termasuk 247.3 kg ganja, 5.049 kg heroin, 10 kg syabu (methamphetamine kristal), dan 83 gram ganja, kata pegawai berkenaan.
Berdasarkan butiran, operasi ANF di Jalan Kuchlak dan Jalan Saryab di ibu kota wilayah barat daya, Quetta, berjaya membawa kepada rampasan 30 kg ganja dan penahanan enam suspek.
Pasukan itu turut merampas 176.4 kg ganja yang disembunyikan di sebuah rumah di kawasan Saranan, Pishin, dalam wilayah barat daya Balochistan, dipercayai untuk tujuan penyeludupan.
Dua lagi serbuan dilakukan di bandar pelabuhan barat daya, Gwadar, di mana pasukan ANF menemukan 32 kg ganja berhampiran pantai serta membongkar sebuah gudang yang menyimpan lima kg heroin dan lima kg syabu. - BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#antidadah
#Seludup dadah
#ANF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan