BAGHDAD: Kumpulan penunjuk perasaan di ibu negara Iraq, Baghdad, cuba merempuh masuk ke kawasan zon hijau yang dikawal ketat menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, susulan pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Menurut saksi, ratusan orang berkumpul di pintu masuk kawasan yang dikenali sebagai Zon Hijau itu sebagai tanda protes sebelum pihak berkuasa bertindak menyuraikan orang ramai.
Advertisement
Penunjuk perasaan cuba melepasi penghadang keselamatan untuk sampai ke Kedutaan AS yang terletak di dalam zon berkenaan.
Saksi berkata pasukan keselamatan terpaksa menggunakan belantan, gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan kumpulan berkenaan.
-- BERNAMA-dpa