awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza

Bernama
Bernama
24/03/2025
04:16 MYT
Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza
Paus Francis berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di perkarangan hospital Gemelli, Rom, 23 Mac 2025. (Foto AP)
ROM: Paus Francis sekali lagi menyeru keamanan dengan menggesa agar keganasan di Gaza dan kawasan konflik lain dihentikan segera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha antarabangsa dalam memupuk dialog bagi mencapai penyelesaian damai.
Dalam penampilan awam pertamanya selepas lima minggu menjalani rawatan, Paus Francis berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di perkarangan hospital Gemelli, Rom pada Ahad.
Dalam acara itu, mesej mingguannya dibacakan oleh penyampai televisyen dan radio serta diedarkan kepada wartawan, dengan beliau menyeru agar keganasan dihentikan dan semua pihak meletakkan senjata.
Sebelum kembali ke kediamannya di Casa Santa Marta untuk menjalani tempoh pemulihan selama dua bulan, pemimpin gereja Katolik itu meluahkan kesedihannya terhadap serangan udara Israel yang kembali menggempur Gaza sehingga menyebabkan banyak nyawa terbunuh.
Beliau menggesa gencatan senjata segera dan menyeru untuk kembali ke meja rundingan agar semua tahanan dapat dibebaskan serta satu perjanjian damai muktamad dapat dicapai, sambil menekankan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Paus Francis
#penyelesaian damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan