awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital

Bernama
Bernama
11/03/2025
04:45 MYT
Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Francis telah menerima rawatan di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb akibat radang paru-paru atau pneumonia. - Foto Reuters
ROM: Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemimpin tertinggi Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb akibat radang paru-paru atau pneumonia.
Sepanjang tempoh rawatan, beliau mengalami beberapa komplikasi dan memerlukan bantuan oksigen akibat masalah pernafasan.
Susulan keadaan kesihatannya, Vatican sekali lagi membatalkan upacara keagamaan mingguan Ahad di Dataran St. Peter buat kali keempat berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#kesihatan stabil
#Vatican
#Hospital Gemelli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan