awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB adakan upacara peringatan untuk bekas Presiden dan Menteri Luar Iran

Bernama
Bernama
24/05/2024
14:03 MYT
PBB adakan upacara peringatan untuk bekas Presiden dan Menteri Luar Iran
Presiden UNGA, Dennis Francis telah mengumumkan bahawa upacara tersebut dijadualkan pada Khamis, 30 Mei. - AP
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan upacara peringatan untuk bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amirabdollahian yang terkorban dalam nahas helikopter pada Ahad.
Presiden UNGA, Dennis Francis telah mengumumkan bahawa upacara tersebut dijadualkan pada Khamis, 30 Mei, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pada Khamis, Francis memberikan penghormatan kepada bekas presiden dan menteri luar Iran dengan menandatangani buku peringatan di misi Republik Islam di New York.
Francis, yang disambut oleh Duta Besar dan Wakil Tetap Iran ke PBB, Amir Saeed Iravani menyampaikan ucapan simpati kepada kerajaan dan rakyat Iran serta keluarga mangsa.
UNGA sebelum ini turut meluangkan satu minit bertafakur untuk memperingati mangsa nahas helikopter di Iran.
Raisi, Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain terkorban pada Ahad apabila helikopter mereka terhempas di wilayah barat laut Iran, Azarbaijan Timur.
Mereka dalam perjalanan ke ibu kota wilayah Tabriz dari sempadan Azerbaijan, selepas Raisi merasmikan empangan bersama rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNGA
#upacara peringatan
#PBB
#Ebrahim Raisi
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan