awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa pengeluaran pertanian Rusia, Ukraine dibenarkan semula ke pasaran

Bernama
Bernama
20/05/2022
03:40 MYT
PBB gesa pengeluaran pertanian Rusia, Ukraine dibenarkan semula ke pasaran
Guterres berkata usaha itu memerlukan "semangat muhibah semua negara yang berkenaan". - Foto REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis menggesa supaya usaha diadakan untuk membawa semula pengeluaran pertanian Rusia dan Ukraine ke pasaran dunia.
"Sebarang penyelesaian bermakna kepada kekurangan bekalan makanan global memerlukan penyepaduan semula pengeluaran pertanian Ukraine, selain pengeluaran makanan dan baja oleh Rusia dan Belarus ke pasaran dunia - walaupun ketika perang," kata Ketua PBB itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai konflik dan keselamatan makanan.
"Kami sedang berusaha untuk mencari perjanjian pakej yang akan membolehkan Ukraine mengeksport makanan, bukan sahaja dengan kereta api tetapi melalui Laut Hitam, dan akan membawa pengeluaran makanan dan baja Rusia ke pasaran dunia, tanpa sekatan," kata pegawai tertinggi PBB itu, lapor Xinhua.
Guterres berkata usaha itu memerlukan "semangat muhibah semua negara yang berkenaan".
Bagi memenuhi keperluan keselamatan makanan dan pemakanan yang mendesak di Niger, Mali, Chad dan Burkina Faso, setiausaha agung mengumumkan pengeluaran US$30 juta daripada Tabung Respons Kecemasan Pusat (CERF) bagi tujuan itu.
"Ini menjadikan hampir US$95 juta pembiayaan sudah disalurkan melalui CERF ke Sahel (wilayah barat dan utara tengah benua Afrika meliputi Burkina Faso, Cameroon, Chad, The Gambia, Guinea Mauritania, Mali, Niger, Nigeria and Senegal) sejak awal tahun ini," katanya.
Melabur dalam penyelesaian politik untuk menamatkan konflik, mencegah konflik baharu dan membina keamanan yang mampan adalah penting dalam menangani kekurangan bekalan makanan, kata setiausaha agung itu.
Beliau turut menyeru perhatian terhadap risiko yang saling berkaitan antara kekurangan bekalan makanan, tenaga dan pembiayaan, yang "memerlukan penyelarasan dan kepimpinan yang jauh lebih besar".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#pengeluaran pertanian
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan