awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo

Bernama
Bernama
26/01/2025
10:30 MYT
PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo
Menurut PBB, langkah berjaga-jaga itu diambil bagi melindungi kakitangannya sambil memastikan operasi penting di rantau itu tidak terganggu. - AP
JOHANNESBURG: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu mengumumkan pemindahan sementara kakitangan tidak penting dari Goma di timur Congo susulan keadaan keselamatan yang semakin merosot di wilayah Kivu Utara, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut PBB, langkah berjaga-jaga itu diambil bagi melindungi kakitangannya sambil memastikan operasi penting di rantau itu tidak terganggu.
Kumpulan pemberontak M23 yang didakwa mendapat sokongan Rwanda, baru-baru ini meningkatkan serangan mereka di timur Congo dengan menawan beberapa bandar utama. Mereka dilaporkan sedang mara ke arah Goma, ibu kota Kivu Utara.
Presiden Rwanda Paul Kagame berulang kali menafikan dakwaan pihaknya menyokong kumpulan pemberontak.
Pihak berkuasa Congo pada Jumaat memaklumkan bahawa gabenor tentera wilayah Kivu Utara Mej Jen Peter Cirimwami meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya ketika bertempur di barisan hadapan.
Kumpulan M23 menyatakan mereka berjuang untuk mempertahankan kepentingan minoriti Tutsi Congo, yang didakwa dianiaya di Congo kerana kaitan etnik mereka dengan komuniti Tutsi Rwanda.
PBB memaklumkan bahawa kakitangan penting akan kekal di lapangan di Goma bagi mengekalkan operasi kritikal seperti pengagihan makanan, bantuan perubatan, penyediaan tempat perlindungan serta perlindungan kepada komuniti terdedah.
Puluhan ribu penduduk telah meninggalkan kediaman mereka di timur Congo sejak pertempuran antara tentera dan pemberontak M23 meningkat pada akhir tahun lepas.
Enam anggota tentera dari dua negara Afrika yang menyertai misi pengaman di Congo terkorban awal minggu ini dalam pertempuran berasingan dengan kumpulan pemberontak itu.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Malawi (MDF) Mej Emmanuel Mlelemba berkata tiga anggota tentera Malawi maut pada Jumaat dalam serangan hendap oleh kumpulan pemberontak.
Dalam insiden berasingan, "South African National Defence Union" pada Sabtu mengesahkan bahawa tiga anggotanya terbunuh dan 14 yang lain cedera dalam pertempuran dengan M23.
Anggota tentera itu terkorban ketika Menteri Pertahanan Afrika Selatan Angie Motshekga sedang melakukan lawatan ke Congo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#keselamatan
#Goma
#Congo
#pertempuran
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan