awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pedang ninja akan diharamkan di UK mulai musim panas ini

Bernama
Bernama
28/03/2025
03:00 MYT
Pedang ninja akan diharamkan di UK mulai musim panas ini
Mulai 1 Ogos, sesiapa yang didapati memiliki pedang ninja boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan, yang kemudiannya akan meningkat kepada dua tahun di bawah langkah baharu dalam Rang Undang-Undang Jenayah dan Pengawasan UK. - Gambar hiasan
LONDON: Pedang ninja akan diharamkan di United Kingdom (UK) mulai Ogos ini dalam langkah seterusnya untuk memutuskan kitaran pemilikan senjata dalam kalangan belia, lapor Anadolu Ajansi memetik satu kenyataan rasmi pada Khamis.
Langkah perundangan baharu itu diperkenalkan susulan bahagian terakhir dibentangkan di Parlimen pada Khamis, yang akan menjadikan pemilikan, pembuatan, pengimportan dan penjualan pedang ninja di UK sebagai satu kesalahan mulai 1 Ogos.
Undang-Undang Ronan diperkenalkan bagi memperingati Ronan Kanda, yang dibunuh pada 2022 oleh beberapa remaja yang membeli senjata berbahaya dalam talian dan mengambilnya daripada pejabat pos pada hari kejadian tanpa sebarang pemeriksaan umur atau identiti.
"Mulai 1 Ogos, sesiapa yang didapati memiliki pedang ninja boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan, yang kemudiannya akan meningkat kepada dua tahun di bawah langkah baharu dalam Rang Undang-Undang Jenayah dan Pengawasan," menurut kenyataan Pejabat Dalam Negeri UK.
Setiausaha Dalam Negeri Yvette Cooper berkata jenayah melibatkan senjata tajam telah meragut banyak nyawa golongan muda, dengan terlalu ramai remaja terjebak dalam kancah keganasan kerana akses kepada senjata berbahaya yang terlalu mudah.
Merujuk kepada pembunuhan tragis Ronan Kanda, beliau berkata dengan memperkenalkan bahagian terakhir Undang-Undang Ronan sebagai penghormatan kepadanya, kerajaan mengharamkan pedang ninja yang "sepatutnya tidak boleh digunakan oleh pembunuhnya."
"Kami bertindak dengan segera untuk memperkenalkan langkah-langkah bagi menghalang senjata berbahaya daripada jatuh ke tangan yang salah dan akan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi mengelakkan belia terbunuh di jalanan, sebagai sebahagian daripada misi kami untuk mengurangkan separuh jenayah melibatkan senjata tajam dalam tempoh sedekad akan datang," katanya.
Perdana Menteri Keir Starmer turut mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di platform X: "Sah, pedang ninja akan diharamkan menjelang musim panas ini. Apabila kami berjanji untuk bertindak, kami akan melaksanakannya."
Confirmed: Ninja swords will be banned by this summer. When we promise action we take it. https://t.co/gjJEQIMI10
— Keir Starmer (@Keir_Starmer) March 27, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pedang ninja
#United Kingdom
#Keir Starmer
#pemilikan senjata dalam kalangan belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan