Selama lima hari bermula 25 Okt ini, berjuta-juta rakyat Thailand dengan penuh kepiluan akan mengucapkan selamat bersemadi kepada raja yang mereka sayangi, Raja Bhumibol Adulyadej dalam Upacara Persemadian Diraja.
Raja Bhumibol, yang digelar "Raja Rakyat" kerana kesungguhan baginda dalam membawa pembangunan untuk rakyat dan memelihara kebajikan mereka, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj di sini pada 13 Okt tahun lepas pada usia 89 tahun, setelah menduduki takhta selama 70 tahun.
Sejak kemangkatan baginda, jasad Raja Bhumibol ditempatkan di Dewan Singgahasana Dusit Maha Prasat, yang terletak di Istana Agung berdinding putih yang tersergam megah, dengan setiap hari puluhan ribu rakyat memberi penghormatan terakhir.
Jasad baginda akan menjalani upacara persemadian dengan cara dibakar di Krematorium Diraja di Sanam Luang, yang terletak berdekatan dengan Istana Agung pada 26 Okt.
Memandangkan tarikh berlangsungnya upacara bersejarah itu yang akan menjelma tidak lama lagi, para pegawai kini tekun membuat persiapan akhir bagi memastikan upacara mengikuti penuh amalan agama Buddha dan adat istiadat diraja itu berjalan lancar seperti yang dirancang.
"Kami mahu semuanya berjalan dengan sempurna dan mengikut tradisi. Walaupun berasa bimbang, kami akan berusaha dengan sedaya upaya kerana ini (Upacara Persemadian Diraja) adalah untuk mendiang tuanku," kata Supawan Nongkut daripada Muzium Nasional Bangkok, kepada sekumpulan wartawan pelawat dari dalam dan luar negara baru-baru ini.
Wartawan berkenaan diberi peluang, yang jarang diberi sebelum ini, untuk melihat pelbagai tugas yang dijalankan di muzium itu sebagai persiapan menghadapi Upacara Persemadian Diraja, yang dianggap sangat penting dalam sejarah Thailand.
Di Bangunan Pedati Diraja muzium itu, pekerja sibuk memberi sentuhan terakhir terhadap kerja pemulihan pedati berkenaan dikenali sebagai "Ratcharot", kenderaan milik raja yang mempunyai status penuh kemuliaan pada zaman lampau.
BACA: Pedati emas dipersiapkan untuk 'perjalanan Raja Thai ke syurga'
Dua jenis Pedati Diraja akan digunakan semasa Upacara Persemadian Diraja iaitu "Phra Maha Phichai Ratcharot" (Pedati Diraja Kemenangan Besar) dan "Ratcharot Noi" (Pedati Kecil Diraja) .
Seberat 13.7 tan, 11.2 meter tinggi dan 18 meter panjang, Phra Maha Phichai Ratcharot dibina pada 1795 semasa pemerintahan Raja Rama 1 dan merupakan pedati diraja paling penting dalam Upacara Persemadian Diraja nanti.
"Sebanyak 222 anggota tentera akan menarik Phra Maha Phichai Ratcharot," kata beliau serta menambah bahawa kumpulan anggota tentera berkenaan perlu menjalani ujian khas untuk mengukur kekuatan dan daya tahan mereka sebelum terpilih untuk menarik pedati berkenaan yang membawa Pasu Abu Jasad Diraja.
Di perkarangan Sanam Luang, pembinaan Krematorium Diraja, tempat Pasu Diraja akan ditempatkan untuk upacara pembakaran jasad itu, kini hampir siap, di samping pembinaan bangunan sokongan lain dan sebuah astaka di dalamnya serta di luar perkarangan tempat itu.
Struktur Krematorium Diaraja itu, yang berukuran 50.49 meter tinggi dari tapaknya hingga ke puncak, direka bentuk oleh Jabatan Seni Halus kerajaan dan diilhamkan daripada Gunung Sumeru, yang merupakan pusat alam ini mengikut kepercayaan dalam agama Buddha.
""Pembinaan Krematorium Diaraja melibatkan kerja rumit dan halus serta memerlukan kemahiran yang tinggi," kata seorang pegawai jabatan itu, yang menjelaskan bahwa banyak perkara terperinci perlu dipatuhi mengikut tradisi diraja zaman lampau.
Krematorium itu juga akan dihiasi dengan beratus-ratus ukiran berkaitan makhluk suci dan haiwan mistik yang mempunyai kaitan dengan amalan dalam agama Buddha.
Upacara Persemadian Diraja sebelum ini diadakan pada April 2012 untuk mendiang Puteri Bejaratana, puteri tunggal Raja Vajiravudh (Rama VI).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Kerja-kerja terakhir giat dijalankan bagi Majlis Pembakaran Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Krematorium Diraja di Sanam Luang, yang terletak berdekatan dengan Istana Agung yang bermula 25 hingga 29 Okt bulan depan. - Foto Bernama
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.