awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Kanan Kesihatan Thailand meninggal dunia ketika sertai acara larian

Bernama
Bernama
29/11/2020
14:36 MYT
Pegawai Kanan Kesihatan Thailand meninggal dunia ketika sertai acara larian
Dr. Assadang rebah ketika berlari dan tidak sedar diri sebelum diberi bantuan kecemasan oleh petugas paramedik, dan dibawa ke Hospital Bang Rachan. - Twitter / bernamadotcom
BANGKOK:Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Assadang Ruayajin rebah ketika menyertai satu acara larian pagi ini dan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital di wilayah Sing Buri.
Kementerian Kesihatan Awam Thailand dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku semasa Dr Assadang, 59, mengambil bahagian dalam Maraton Separuh-Mini Thin-Werachon di Taman Memorial Bang Rachan, Sing Buri.
Menurut kenyataan itu, Dr. Assadang rebah ketika berlari dan tidak sedar diri sebelum diberi bantuan kecemasan oleh petugas paramedik, dan dibawa ke Hospital Bang Rachan.
"Pesakit masih tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital pada pukul 6.00 pagi (waktu tempatan).
"Doktor kemudian melakukan bantuan CPR selama satu jam setengah dan menggunakan defibrillator luaran automatik sebanyak lima kali. Dr Assadang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 pagi akibat kegagalan jantung akut," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#meninggal dunia
#Kementerian Kesihatan
#cpr
#Pegawai Kanan Kesihatan Thailand
#acara larian
#rebah
#Dr Assadang Ruayajin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan