awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang Palestin serah mayat tebusan kepada Palang Merah

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2025
22:50 MYT
Pejuang Palestin serah mayat tebusan kepada Palang Merah
Pejuang Hamas dan Jihad Islam Palestin menunggu kehadiran anggota Palang Merah untuk menyerahkan mayat yang ditemui mereka. - Foto REUTERS
GAZA: Pejuang Palestin dipercayai daripada kumpulan Hamas dan Jihad Islam telah menyerahkan satu keranda berisi mayat kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di Beit Lahiya, utara Gaza, yang dikatakan milik salah seorang tebusan terakhir yang masih ditahan di wilayah itu.
Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel, keranda tersebut telah diserahkan kepada pasukan tentera dan agensi keselamatan Shin Bet sebelum dibawa masuk ke Israel untuk proses pengecaman forensik.
Tentera Israel berkata mayat itu akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Kebangsaan bagi tujuan pengesahan identiti.
Insiden ini berlaku di tengah-tengah rundingan berterusan berkaitan gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.
Sejak permulaan konflik pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 26 mayat tebusan telah dikembalikan ke Israel, menurut pihak berkuasa.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi sama ada mayat yang diserahkan itu milik salah seorang daripada dua tebusan terakhir, seorang warga Israel dan seorang warga Thailand, yang masih belum dikenal pasti nasib mereka.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mayat tebusan
#Israel
#Hamas
#Palang Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan