awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penurunan kadar pengangguran bukti pasaran buruh, ekonomi negara mengukuh - Ramanan
Dua beranak mengamuk dirujuk ke HTAR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditahan tikam guru di bahagian leher

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2021
04:16 MYT
Pelajar ditahan tikam guru di bahagian leher
Mangsa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. - Gambar hiasan
POLIS Rusia membuka kertas siasatan selepas menahan seorang pelajar berusia 17 tahun yang bertindak menikam seorang guru matapelajaran fizik.
Insiden berkenaan berlaku di Berezniki, Rusia pada Jumaat.
"Kami kini sedang mengambil kenyataan saksi kejadian bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian," kata polis.
Dalam satu kenyataan diperolehi agensi berita Interfax, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pelajar berkenaan melakukan jenayah terhadap guru terbabit dengan menggunakan senjata mirip sebilah pisau.
Saksi kejadian memberitahu portal berita Properm.ru, pelajar berkenaan memasuki kelas sebelum mengeluarkan sengata daripada beg dan menikam guru tersebut di bahagian leher.
Mangsa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sekolah terbabit ditutup sementara susulan kejadian dan pelajar yang menyaksikan insiden itu diberi perkhidmatan kaunseling.
Akhbar Kommersant mengenal pasti mangsa sebagai Lyudmila Ishmeneva, 74, serta menyifatkannya sebagai guru matapelajaran fizik yang disegani ramai.
Guru terbabit turut pernah memenangi anugerah "Guru Paling Dihormati Rusia".
Lapor Properm.ru, guru berkenaan telah pencen namun kembali berkhidmat selepas negara berkenaan mengalami masalah kekurangan guru.
Topic Berkaitan
#tikam
#pelajar
#polis
#guru
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan