Polis berkata, kejadian berlaku pada Selasa di kampung Baulia.
Gadis berkenaan didakwa meletakkan bahan beracun ke dalam kuah dal, namun perbuatan itu disedari tukang masak dan tiada pelajar sempat memakannya.
Susulan itu, penduduk kampung yang berang bertindak mengepung sekolah itu dan turut membelasah ibu remaja terbabit.
"Kami percaya motif utamanya adalah untuk membalas dendam. Adiknya yang belajar disekolah sama telah dipukul sehingga mati oleh lima rakan sekelas pada 2 April lalu.
"Jadi, dia ambil keputusan untuk membunuh semua pelajar di sekolah tersebut dan kami telah melakukan persiapan untuk menghantar gadis itu ke rumah juvana," kata penyiasat polis, Devendra Singh Yadav.
Katanya lagi, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 328 IPC, cubaan mendatangkan kemudaratan menggunakan racun.
Polis turut menahan ibu gadis berkenaan bagi membantu siasatan.