awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon lucah pulangkan bayaran tutup mulut dari Trump

Agensi
Agensi
12/03/2018
22:42 MYT
Pelakon lucah pulangkan bayaran tutup mulut dari Trump
Stormy Daniels mahu bercakap secara terbuka mengenai hubungan sulitnya dengan Donald Trump dan sedia memulangkan wang yang dibayar untuk tutup mulut mengenai hal itu - Foto AP
PELAKON filem lucah yang mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan Donald Trump, mahu memulangkan semula wang berjumlah AS$130,000 yang dibayar kepadanya untuk berdiam diri mengenai perkara itu.
Stephanie Clifford atau nama pentasnya Stormy Daniels sebelum ini mendedahkan mempunyai hubungan sulit dengan Trump sekitar 2006 dan hubungan itu bertahan selama beberapa bulan.
Pendedahan ini bagaimanapun dinafikan Trump.
Peguam Clifford, Michael Avenatti memaklumkan anak guamnya sedia mengembalikan wang berkenaan, dan sedia bercakap secara terbuka mengenai hubungan itu.
"Ini adalah tawaran yang sangat adil.
"Ia akan memberikan peluang kepada rakyat Amerika Syarikat menentukan siapa yang bercakap benar, selepas mendengar cerita di kedua-dua pihak," jelas Avenatti.
Peguam peribadi Trump, Michael Cohen, sebelum ini memberitahu membayar Clifford AS$130,000 dengan menggunakan dananya sendiri ketika kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2016.
Cohen bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik tindakannya itu dan sama ada ia diketahui Trump.
Clifford dalam beberapa temuramah sebelum ini mendedahkan mempunyai hubungan sulit dengan Trump, sebelum taikun hartanah itu memulakan kempen ke White House.
Topic Berkaitan
#2016
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#hubungan sulit
#pelakon lucah
#pilihan raya
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan