MOSCOW: Seorang pelakon teater maut dihempap latar pentas dalam satu persembahan opera di Teater Bolshoi pada Sabtu.
Yevgeny Kulesh, 38, meninggal dunia setelah dihempap peralatan pentas itu yang diturunkan ketika pertunjukan opera Sabtu lalu.
Kejadian ngeri itu turut disaksikan para penonton yang pada mulanya menyangkakan adegan itu sebahagian daripada jalan cerita opera.
Rakaman mengejutkan yang tular menunjukkan para pelakon yang panik melambaikan tangan kepada petugas teater berhubung tragedi yang menimpa rakan mereka.
Menyedari insiden yang menimpa mangsa, tirai panggung ditutup kurang satu minit kemudian sebelum penonton diarah keluar dari teater berprestij tersebut.
Kalangan penonton yang ditemui berkata mereka mendengar orang menjerit "Panggil doktor! Hubungi ambulans, ada orang dihempap latar pentas!"
Manakala penonton lain mendakwa terdengar orang berteriak: "Panggil ambulans, ada darah."
Para penonton juga memberitahu mereka menyangka insiden itu satu muslihat pentas yang juga sebahagian daripada jalan cerita pementasan itu.
Laporan awal menunjukkan Yevgeny tersilap arah ketika set itu turun lalu menghempapnya.
Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan rakan pelakon yang panik di atas pentas meminta kakitangan untuk segera mengangkat set yang jatuh itu.
Insiden ngeri itu berlaku ketika perubahan set dalam Sadko, sebuah opera oleh komposer Rusia, Nikolai Rimsky-Korsakov.
Mangsa, Yevgeny telah hampir dua dekad membuat persembahan di teater Bolshoi yang terkenal itu.
Penyiasat Moscow memaklumkan sedang menyiasat insiden malang yang menimpa Yevgeny.
Astro Awani
Mon Oct 11 2021
Seorang pelakon teater maut dihempap latar pentas ketika satu persembahan di Teater Bolshoi di Moscow pada Sabtu. -Unsplash
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pelakon maut dihempap latar pentas ketika persembahan teater
Kejadian ngeri itu turut disaksikan para penonton yang pada mulanya menyangkakan adegan itu sebahagian daripada jalan cerita opera.