awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong wanita cedera diserang monyet di Taj Mahal

Faida Rahim
Faida Rahim
21/09/2022
04:00 MYT
Pelancong wanita cedera diserang monyet di Taj Mahal
Penyelidikan Arkeologi India (ASI) dan pihak berkuasa tempatan tidak dapat menemui sebarang penyelesaian kepada ancaman monyet yang semakin meningkat. - Foto fail
AGRA: Seorang wanita cedera selepas diserang seekor monyet ketika sedang asyik mengambil gambar di sekitar Taj Mahal, semalam.
Memetik laporan Times Of India, video wanita yang menangis menahan kesakitan tular di media sosial.
Wanita itu dilaporkan dirawat oleh beberapa jurugambar dan kakitangan yang berada di kawasan Taj Mahal.
Dalam pada itu, mangsa mengalami kecederaan di kaki kirinya namun enggan mendapatkan rawatan lanjut di hospital kemudian dilihat meninggalkan kawasan Taj Mahal bersama suami selepas serangan itu.
Sehingga kini, Penyelidikan Arkeologi India (ASI) dan pihak berkuasa tempatan tidak dapat menemui sebarang penyelesaian kepada ancaman monyet yang semakin meningkat.
Pembantu Pemuliharaan ASI, Prince Vajpayee memaklumkan kejadian berlaku ketika pelancong wanita itu sedang asyik mengambil gambar monyet berkenaan.
“Dia diberi bantuan kecemasan selepas diserang. Kakitangan berdedikasi kami yang ada di sini ditugaskan untuk melindungi pelancong daripada serangan monyet," katanya.
Difahamkan, ini merupakan ‘serangan’ kali keempat dalam tempoh 10 hari yang berlaku di lokasi destinasi pelancongan paling popular di India itu.
- ? pic.twitter.com/Pn0IAEIpkS
— Akhilesh Yadav (@yadavakhilesh) September 19, 2022
Sementara itu, bekas Ketua Menteri Akhilesh Yadav, berkongsi video serangan itu di akaun Twitter peribadinya.
"Insiden pelancong asing digigit monyet di Taj Mahal adalah perkara sangat serius.
"Di kala krisis ekonomi sekarang, jika pelancong asing takut untuk datang ke Taj Mahal maka industri pelancongan dan aliran pendapatan akan terjejas,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#monyet
#serangan monyet
#Taj Mahal
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan