awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan bank di Ethiopia boleh keluar duit tanpa had akibat kesilapan perisian

Amanz
Amanz
20/03/2024
02:50 MYT
Pelanggan bank di Ethiopia boleh keluar duit tanpa had akibat kesilapan perisian
Menurut Commercial Bank of Ethiopia, kesilapan pada perisian dipercayai berlaku ketika proses penyelenggaraan sistem sedang dilakukan dan bukannya akibat serangan siber. - Gambar hiasan
KOS kehidupan sekarang semakin meningkat dan boleh dilihat ramai merungut mengenai harga makanan bazar Ramadan yang semakin kurang mampu milik. Ramai berjenaka di media sosial agar berlaku isu dengan bank yang menyebabkan baik simpanan akaun mereka meningkat secara serta merta.
Di Ethiopia, kesilapan pada perisian sebuah bank menyebabkan ramai pelanggan dibenarkan mengeluarkan lebih banyak wang dari ATM berbanding baki akaun mereka. Kesilapan pada perisian Commercial Bank of Ethiopia (CBE) menyebabkan ramai pelanggan boleh mengeluarkan wang tanpa batasan selama beberapa jam sebelum disedari.
Akibatnya bank telah mencatatkan kerugian lebih $40 juta (~RM190 juta) setakat ini. Majoriti wang dikeluarkan oleh golongan pelajar universiti yang menyebarkan maklumat ATM boleh mengeluarkan wang tanpa had menerusi aplikasi pemesejan.
CBE telah membekukan semua jenis transaksi bagi menyiasat bagaimana ini boleh berlaku. Kesilapan pada perisian dipercayai berlaku ketika proses penyelenggaraan sistem sedang dilakukan dan bukannya akibat serangan siber. Para pelajar universiti kini diseru untuk memulangkan semula wang yang dikeluarkan dan mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang jika melakukannya.
SUMBER BBC
Topic Berkaitan
#ethiopia
#keluar duit tanpa had
#kesilapan perisian
#Commercial Bank of Ethiopia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan