Seorang pemilik restoran terharu apabila menerima sepucuk surat mengandungi wang tunai dari pelanggannya yang gagal membayar makanan mereka ketika berkunjung ke restoran itu pada Disember lalu.
Isi kandungan surat itu tular di media sosial hingga menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan pelanggan itu yang disifatkan sangat jujur.
Memetik laporan Independent, tiga pelanggan dikatakan berkunjung ke restoran Kilimanjaros di Middlesbrough pada Disember lalu namun tidak menyangka restoran itu hanya menerima wang tunai sahaja.
Mereka yang bukan berasal dari bandar itu sekadar membawa kad kredit dan bertindak mencari mesin juruwang automatik (ATM) di sekitar bandar namun gagal.
Malah ketika itu, kereta api yang sering dinaiki mereka telah tiba di stesen dan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk membayar harga makanan.
Pemilik restoran, Apollo Apollinaire ketika itu mengakui kesilapannya kerana membenarkan pelanggan keluar dari restoran dan mencari ATM.
Akibat daripada kejadian itu, Apollo kerugian 40 pound sterling atau bersamaan RM217.
Namun sangkaannya silap, beberapa hari kemudian, dia menerima sepucuk surat bersama beberapa keping wang tunai dari pelanggan berkenaan.
Mereka turut memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan surat dan wang tunai secara peribadi kerana jarak jauh.
Apollo juga menawarkan makanan percuma sebagai hadiah kepada kejujuran mereka.
Sinar Harian
Fri Sep 21 2018
Surat diterima Apollo. - Independent
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pelanggan jujur bayar hutang makan melalui pos
Isi kandungan surat itu tular di media sosial hingga menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan pelanggan itu yang disifatkan sangat jujur.