awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Pele Palestin’ maut diserang Israel, Salah tuntut penjelasan UEFA

Agensi
Agensi
09/08/2025
23:15 MYT
‘Pele Palestin’ maut diserang Israel, Salah tuntut penjelasan UEFA
Salah menyelar UEFA berhubung penghormatan yang diberikan kepada Suleiman Al-Obeid atau masyhur sebagai “Pele Palestin” kerana tidak menyatakan punca kematian tokoh bola sepak itu. - Gambar fail Reuters
LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menyelar badan induk bola sepak Eropah, UEFA berhubung penghormatan yang diberikan kepada Suleiman Al-Obeid atau masyhur sebagai “Pele Palestin” kerana tidak menyatakan punca kematian tokoh bola sepak itu.
Persatuan Bola Sepak Palestin memaklumkan, Al-Obeid yang berusia 41 tahun, terkorban akibat serangan Israel terhadap orang awam yang beratur menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Gaza.
Dalam satu kenyataan ringkas di platform X, UEFA menyifatkan bekas tonggak pasukan kebangsaan itu sebagai “bakat yang memberi harapan kepada ribuan kanak-kanak, walaupun dalam saat paling gelap.”
Salah kemudian membalas: “Boleh anda beritahu bagaimana beliau meninggal, di mana, dan mengapa?”
Can you tell us how he died, where, and why? https://t.co/W7HCyVVtBE
— Mohamed Salah (@MoSalah) August 9, 2025
Reuters melaporkan, UEFA belum memberikan sebarang kenyataan balas ketika dihubungi.
Salah, 33, yang juga bintang utama Liga Perdana Inggeris, sebelum ini pernah menyuarakan gesaan supaya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza sepanjang konflik yang hampir mencecah dua tahun itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 1,000 orang terkorban di sekitar lokasi agihan dan konvoi bantuan di Gaza sejak pelaksanaan GHF – sistem pengagihan bantuan yang disokong Amerika Syarikat dan Israel – pada akhir Mei lalu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Pele Palestin maut
#israel serang gaza
#Suleiman al-Obeid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami