awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelosi ke Taiwan: AS tidak mahu cetus krisis bersama China

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2022
00:45 MYT
Pelosi ke Taiwan: AS tidak mahu cetus krisis bersama China
John Kirby menjelaskan Amerika Syarikat kekal komited kepada apa yang disifatkan sebagai dasar satu China, yang mengiktiraf Beijing. - Foto fail
WASHINGTON DC: Jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, John Kirby menjelaskan Amerika Syarikat tidak mahu mencetuskan sebarang krisis bersama China.
Ia susulan lawatan Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi ke Taiwan.
Jelasnya, Amerika Syarikat kekal komited kepada apa yang disifatkan sebagai dasar satu China, yang mengiktiraf Beijing tetapi membenarkan hubungan tidak rasmi dan hubungan pertahanan dengan Taipei..
Malah pentadbiran Joe Biden tidak menghalang Pelosi untuk meneruskan lawatannya.
Ia berulang kali secara terbuka memberi jaminan kepada Beijing bahawa lawatan itu tidak menandakan sebarang perubahan dalam dasar Amerika Syarikat terhadap Taiwan.
"Secara umum, ia membimbangkan melihat kepada reaksi mereka. Tiada keperluan untuk itu. Tiada penjelasan diperlukan untuk menjadikan ia sebagai sebuah krisis. Namun, malangnya mereka memilih untuk bertindak mengikut cara yang kami ramalkan.
"Saya mendengar jurucakap China awal hari ini mengatakan bahawa ia melanggar kedaulatan mereka. Tidak ada pelanggaran kedaulatan. Jadi, tiada sebab untuk mempertingkatkan perkara ini dan kami tidak akan mengambil bahagian dalam perkara itu.
"Kami hanya akan melakukan apa yang perlu kami lakukan untuk memenuhi komitmen keselamatan kami di rantau ini secara meluas, dan juga untuk memastikan bahawa talian komunikasi itu terbuka, kerana ia penting, sekali lagi, terutamanya apabila keadaan tegang," katanya kepada media di White House pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#John Kirby
#Taiwan
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan