awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia

Bernama
Bernama
07/06/2023
11:03 MYT
Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot, 101, meninggal dunia pada Selasa di hospital New York. -AP
NEW YORK: Pelukis dan teman rapat artis Pablo Picasso, Francoise Gilot, meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gilot, 101, meninggal dunia pada Selasa di hospital New York, menurut laporan media di Amerika Syarikat (AS) setelah mendapat pengesahan daripada anak perempuannya, Aurelia Engel.
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.
Dilahirkan pada tahun 1921 di Neuilly-sur-Seine, di barat Paris, Gilot membuka sebuah studio sendiri ketika masih muda dan menganjurkan pameran pertamanya. Pada tahun 1943, beliau bertemu Picasso yang berusia kira-kira 40 tahun lebih tua daripadanya.
Kedua-duanya menjadi pasangan dan mempunyai dua anak, Claude dan Paloma. Pada tahun 1953, Gilot meninggalkan Picasso, satu-satunya wanita yang meninggalkan tokoh seni abad ke-20 itu. Gilot kemudiannya menerbitkan buku mengenai kisah hubungannya itu - 'Life with Picasso' .
Gilot kemudian berkahwin dengan pelukis Luc Simon dan mempunyai seorang anak perempuan, Aurelia.
Beliau kemudian berpindah ke New York dan pada tahun 1970 berkahwin dengan Jonas Salk, yang membangunkan vaksin polio dan hidup bersama sehingga kematian suami menghembuskan nafas terakhir pada 1995.
Gilot yang turut mendapat pengiktirafan dalam dunia seni, terus mengabdikan diri sebagai pelukis sehingga akhir hayatnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Francoise Gilot
#meninggal dunia
#Pablo Picasso
#Aurelia Engel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan