Skip to main content

Dunia

Peluru berpandu Iran rentas ruang Udara Israel

Iranian missiles fly towards Israel, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, as seen from Hebron, in the Israeli-occupied West Bank, March 23, 2026. Picture taken with a long exposure. REUTERS/Mussa Qawasma
Sekurang-kurangnya satu peluru berpandu Iran yang dipercayai membawa kepala peledak kluster melintasi ruang udara Israel, termasuk Tebing Barat pada tengah malam Isnin.- Reuters

TEL AVIV: Sekurang-kurangnya satu peluru berpandu Iran yang dipercayai membawa kepala peledak kluster melintasi ruang udara Israel, termasuk Tebing Barat pada tengah malam Isnin.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada lebih daripada satu peluru berpandu dikesan, namun saksi melaporkan objek berkenaan melepaskan bom lebih kecil di ruang udara.

Advertisement

Insiden itu berlaku ketika ketegangan memuncak susulan amaran Iran pada Ahad bahawa negara itu akan menyerang sistem tenaga dan bekalan air negara‑negara jirannya di Teluk, sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meneruskan ancaman untuk menyasarkan grid elektrik Iran dalam tempoh 48 jam.

Ancaman balas itu mencetuskan kebimbangan baharu terhadap perang yang telah berlanjutan selama tiga minggu.

Kemungkinan serangan balas ke atas infrastruktur awam dikhuatiri mengganggu kestabilan pasaran global apabila dibuka semula pagi Isnin, sekali gus mengancam kehidupan jutaan penduduk di rantau berkenaan.

Terdahulu, siren serangan udara dibunyikan di seluruh Israel sejak awal pagi Ahad sebagai amaran terhadap peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran.

Must Watch Video