awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev

Faida Rahim
Faida Rahim
13/10/2022
05:23 MYT
Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev
Sehari kemudian, 18 peluru berpandu dipintas menjadikan 102 peluru berpandu dilancarkan ke Ukraine. - EPA
KIEV: Satu letupan berlaku di kawasan kediaman di ibu negara Ukraine, Kiev, pagi ini.
Menurut laporan Reuters, Kerajaan Ukraine mengesahkan di saluran Telegram pasukan penyelamat sudah berada di lokasi.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kesan kerosakan dan jumlah mangsa akibat letupan.
Rusia terus memperhebatkan serangan ke atas Ukraine selepas jambatan yang menghubungkan Crimea dan Rusia diletupkan pada Sabtu lepas.
Dalam pada itu, Presiden Rusia Vladimir Putin menuduh Ukraine sebagai dalang kejadian letupan jambatan utama Kerch, yang sebelum ini dibina sebagai satu-satunya hubungan darat Rusia dengan Crimea.
Beliau juga menggesa serangan besar ke atas negara yang dicerobohnya. Sekurang-kurangnya 84 peluru berpandu dilancarkan ke arah Ukraine.
Sehari kemudian, 18 peluru berpandu dipintas menjadikan 102 peluru berpandu dilancarkan ke Ukraine.
Akibat serangan itu 19 orang terbunuh dan beberapa kawasan di Ukraine terputus bekalan elektrik dan air.
Topic Berkaitan
#Kiev
#letupan peluru berpandu
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan