RALEIGH: Seekor ikan yang mempunyai gigi mirip manusia berjaya ditangkap di Pangkalan Jennette iaitu sebuah destinasi penangkapan hidupan laut di bandar Nags Head, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) baru- baru ini.

Ikan itu yang mempunyai barisan gigi mirip manusia dikenali dengan nama ikan berkepala biri-biri kerana mulut haiwan itu juga kelihatan seperti seekor biri-biri.

Seorang pemancing tetap di pangkalan tersebut, Nathan Martin dilaporkan berjaya menangkap ikan tersebut.

Gambar ikan itu kemudian dikongsikan di laman Facebook pada minggu lalu oleh Pangkalan Jennette.

Menurut Martin, dia memang bercita-cita untuk menangkap ikan tersebut sebelum ini.

Dia dilaporkan sebagai berkata kepada McClatchy News bahawa tangkapan ikan itu adalah yang terbaik dan rasanya juga baik.

Ikan yang ditangkap Martin itu seberat 4.08 kilogram dan boleh membesar sehingga 91 sentimeter panjang.

Menurut Jabatan Sumber Semula Jadi Carolina Selatan, ikan tersebut pada kebiasaannya ditemui dekat jeti, terumbu karang, kawasan berbatu di dalam air dan jambatan.

Pada kebiasaanya ikan itu banyak ditemui di sekitar pantai Atlantik di AS.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.