Skip to main content

Politik

[TERKINI] Ismail Lasim letak jawatan, BN akan kemuka calon MB Negeri Sembilan baharu

Menurut Zambry, Ahmad Zahid telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail bertarikh 16 November 2026, yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz. - Gambar fail/Bernama
Menurut Zambry, Ahmad Zahid telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail bertarikh 16 November 2026, yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Ismail Lasim memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Jelasnya, langkah itu akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, susulan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.

Advertisement

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Zambry, Ahmad Zahid telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail bertarikh 16 November 2026, yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz.

Advertisement

Beliau berkata, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan baginda.

Dalam pada itu, Zambry menjelaskan, BN menghormati keputusan Ismail dan merakamkan penghargaan atas khidmat baktinya sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti YAB Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“BN berharap keputusan ini dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement