awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta bantah undang-undang had laju 30km/j di Paris

Agensi
Agensi
07/09/2021
05:24 MYT
Pemandu kereta bantah undang-undang had laju 30km/j di Paris
Berlaku banyak pertengkaran di jalan raya, apabila pemandu yang ingkar dengan ketetapan itu tidak berpuas hati lalu membunyikan hon di belakang kenderaan pemandu yang mematuhinya. - Pexels
PARIS: Seminggu selepas pihak berkuasa Paris menguatkuasakan had kelajuan 30 kilometer sejam di bandar raya itu, bantahan daripada pemandu kereta semakin meningkat.
Menurut laporan agensi berita Itali (ANSA), oleh kerana golongan pemandu kini berdepan polisi yang mengakibatkan situasi lalu lintas semakin sukar di bandar raya, mereka mengkritik langkah berkenaan yang disifatkan hanya memburukkan lagi keadaan.
Sejak peraturan itu dikuat kuasa, ramai pelari amatur yang berjoging di laluan kota berjenaka mengenai kamera perangkap had laju. Salah satu slogan yang digunakan pemprotes adalah; "Pejalan kaki lebih pantas berbanding kereta."
Selain itu, berlaku banyak pertengkaran di jalan raya, apabila pemandu yang ingkar dengan ketetapan itu tidak berpuas hati lalu membunyikan hon di belakang kenderaan pemandu yang mematuhinya.
Laporan ANSA menyatakan, pertengkaran seumpamanya sering terjadi di sepanjang jalan yang seiring laluan Sungai Seine.
Sementara itu, pemandu teksi juga menyuarakan kebimbangan bahawa pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.
"Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20 minit kini menjadi 33 minit. Ini menyebabkan kos yang perlu dibayar penumpang meningkat," kata jurucakap pertubuhan yang mewakili pemandu teksi.
Topic Berkaitan
#Paris
#had laju
#Bantahan
#pemandu kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan