awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuat cip AS Micron gagal pemeriksaan pematuhan China

Bernama
Bernama
22/05/2023
11:56 MYT
Pembuat cip AS Micron gagal pemeriksaan pematuhan China
Pengawal selia itu menegaskan bahawa China tetap terbuka kepada syarikat asing selagi mereka menghormati undang-undang. - Gambar Astro AWANI
BEIJING: Pentadbiran Ruang Siber China pada Ahad mengumumkan pembuat cip AS Micron akan dilarang daripada menjual kepada pengendali infrastruktur kritikal selepas ia didapati menimbulkan risiko keselamatan negara, lapor Sputnik.
"Semakan mendapati produk Micron menimbulkan risiko yang besar kepada keselamatan rangkaian, menjadikannya ancaman keselamatan utama kepada rantaian bekalan infrastruktur maklumat kritikal negara yang boleh menjejaskan keselamatan negara," kata kenyataan itu.
Pengawal selia itu menegaskan bahawa China tetap terbuka kepada syarikat asing selagi mereka menghormati undang-undang.
Financial Times pada April melaporkan bahawa Amerika Syarikat meminta Korea Selatan untuk mengehadkan eksport semikonduktor ke China selepas ia melancarkan siasatan keselamatan terhadap Micron.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning menyifatkan semakan itu sebagai "langkah pengawalseliaan biasa" dan mengkritik AS kerana melanggar peraturan perdagangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semikonduktor
#siasatan keselamatan
#peraturan perdagangan
#AS Micron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan