awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM243,300 diperdaya sindiket cabutan bertuah dalam talian
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan asing bawa ketersambungan global - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan semula sempadan Rafah tingkat kemasukan bantuan ke Gaza

Bernama
Bernama
23/01/2026
14:00 MYT
Pembukaan semula sempadan Rafah tingkat kemasukan bantuan ke Gaza
Menurut Cherevko pembukaan itu akan meningkatkan jumlah bantuan yang memasuki Gaza dengan ketara. - Gambar Reuters/Mohamed Abd El Ghany
GENEVA: Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Khamis menyatakan bahawa pembukaan semula sempadan Rafah akan melancarkan pergerakan kargo dan orang ramai.

Ringkasan AI
  • OCHA menyatakan pembukaan semula sempadan Rafah akan memperluas pergerakan kargo dan orang ramai di Gaza.
  • Pembukaan lintasan Rafah minggu depan dijangka meningkatkan bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza.
  • OCHA menekankan perlunya akses yang lebih luas untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza.

Ia turut menekankan bahawa pusat akses tambahan adalah penting untuk memperluas operasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami telah melihat laporan media. Seperti yang kami katakan sebelum ini, kami berharap untuk melihat Rafah dibuka semula tidak lama lagi bagi membolehkan pergerakan kargo dan orang ramai," kata jurucakap OCHA di Gaza, Olga Cherevko dalam kenyataan kepada Anadolu.
Kenyataan itu dibuat selepas ketua jawatankuasa peralihan baharu Gaza mengumumkan bahawa lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula minggu depan untuk perjalanan dua hala.
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan lintasan Rafah akan dibuka minggu depan di kedua-dua arah untuk rakyat Palestin di Gaza," kata Ali Shaath pada majlis menandatangani piagam Lembaga Keamanan.
Menurut Cherevko pembukaan itu akan meningkatkan jumlah bantuan yang memasuki Gaza dengan ketara.
"Mengaktifkan semula pergerakan kargo melalui lintasan Rafah akan meningkatkan jumlah bekalan kemanusiaan yang memasuki Gaza, yang seterusnya akan meluaskan skala tindak balas kemanusiaan.
"Selain itu, mereka yang memilih untuk pergi - dan mereka yang memilih untuk kembali - mesti boleh melakukannya secara sukarela dan selamat," katanya.
Jurucakap OCHA menegaskan bahawa Rafah sahaja tidak akan mencukupi untuk memenuhi keperluan kemanusiaan justeru menggesa akses yang lebih luas menerusi pelbagai laluan.
Kami terus menggesa pembukaan penuh dan berterusan lintasan tambahan ke dalam dan dalam Gaza, termasuk lebih banyak lintasan terus ke utara, dan dari Mesir, untuk barangan dan petugas kemanusiaan dan untuk penghantaran komersial," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OCHA
#sepadan Rafah
#petugas kemanusiaan
#akses tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan