Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong.
Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti.
Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini.
Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat.
"Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembukaan semula sempadan kami.
"Kami akan mengkaji kadar jangkitan di negara lain dan langkah yang mereka ambil bagi membendung penularan wabak itu," katanya.
Singapura melaporkan kes import pertamanya pada 23 Jan dan daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatat setakat Ahad iaitu sebanyak 18,205, Singapura mengenal pasti 579 atau hanya 3.18 peratus sebagai kes import.
Gan berkata angka itu adalah penting namun ia bukan satu-satunya yang dipertimbang sebelum menamatkan langkah pemutus rantaian.
"Kami perlu yakin bahawa jangkitan komuniti secara tempatan telah dapat dibendung atau amat rendah. Kes komuniti hendaklah secara ideal jatuh ke tahap sifar atau satu digit setiap hari, dengan jumlah kes tidak berkaitan yang amat sedikit, dan bukan hanya bagi tempoh sehari sebaliknya berlanjutan bagi jangka masa tertentu.
"Meskipun kami dapat memastikan kes komuniti tempatan berada pada tahap rendah biarpun berdepan jumlah kes yang tinggi dalam kalangan pekerja migran, adalah penting bagi mengurangkan kes pekerja migran dari semasa ke semasa walaupun ia akan memakan masa yang lebih lama," katanya.
Jika tidak, Singapura akan terus berdepan risiko limpahan jangkitan dari asrama pekerja asing ke dalam kalangan penduduk secara lebih meluas, katanya.
Mengemas kini kadar jangkita dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan, Gan berkata berdasarkan siasatan setakat ini, tidak wujud kaitan epidemiologi bahawa mereka dijangkiti ketika bertugas menjaga pesakit.
Setakat 26 April, Gan berkata terdapat 66 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan dengan 46 kes membabitkan kontak langsung dengan pesakit.
Beberapa rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada 66 kes yang dijangkiti dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan di sini.
Merujuk kajian Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) baru-baru ini, Gan berkata ia tidak mengesan sebarang jangkitan masa lampau dalam kalangan sampel petugas penjagaan kesihatan.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh leka," kata menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020

Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif. - Gambar fail
Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri ANwar Ibrahim menegaskan Amerika Syarikat kekal menjadi pelabur utama di Malaysia biarpun terdapat peningkatan pelaburan dan perdagangan dari China.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 September 2023.

23 individu ditahan terlibat penipuan tawatan kerja dalam talian
Seramai 23 individu terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan 11 warga asing ditahan tengah malam tadi, kerana terlibat dengan penipuan tawaran kerja dalam talian di Persiaran KLCC di sini.

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.
Tumpuan Jumaat - 22 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

RMK12: Ekonomi dunia diunjur berkembang 3.1 peratus setahun
Ekonomi dunia diunjurkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2023 hingga 2025.

Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.