awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuh John Lennon gagal rayuan bebas dengan parol untuk kali ke-10

Agensi
Agensi
25/08/2018
05:38 MYT
Pembunuh John Lennon gagal rayuan bebas dengan parol untuk kali ke-10
Gambar Mark David Chapman yang diedarkan pihak berkuasa penjara New York pada Januari 2018. - Reuters
Lelaki yang menembak mati ikon rock legenda, John Lennon, 38 tahun lalu gagal buat kali ke-10 untuk melepaskan diri dari hukuman penjara dengan parol.
Pihak berkuasa penjara New York memberitahu, setakat ini, hukuman penjara sepanjang hayat ke atasnya kekal, lapor Reuters.
Rayuan parol Mark David Chapman, 63, ditolak selepas satu sesi pendengaran mahkamah dan dia diberitahu supaya menunggu lagi dua tahun untuk pertimbangan seterusnya, kata pihak Jabatan Pemulihan dan Penyeliaan Komuniti New York.
“Panel penilai mendapati pelepasan anda tidak selari dengan kepentingan dan keselamatan masyarakat,” kata tiga panel Lembaga Parol itu dalam satu kenyataan.
Chapman, yang sebelum ini pernah menggunakan alasan ‘tidak waras’ ketika menembak bekas anggota The Beatles itu, menjalani hukuman penjara 20 tahun hingga sepanjang hayat selepas mengaku bersalah ‘membunuh dengan niat tapi tanpa merancang’ pada tahun 1981.
Dikenali sebagai banduan ‘81A3860’, Chapman telah dipenjara di Penjara Pemulihan Wende, di Alden, New York sejak tahun 2012 selepas dipindahkan dari pusat tahanan Attica.
Pada 8 Disember 1980, Lennon yang baru selesai sesi rakaman waktu malam, mahu pulang ke kediamannya di Upper West Side, Manhattan. Dia mati ditembak Chapman dengan empat das tembakan di hadapan isterinya, Yoko Ono.
Pembunuhan tersebut menggemparkan industri muzik, khususnya generasi yang menggilai trend ‘Beatlemania’ ketika itu.
Yoko Ono, 85, tetap tegas membantah kebenaran parol untuk pembunuh suaminya itu, dengan alasan bahawa Chapman membahayakan dirinya dan dua anaknya, selain orang awam.
Dalam pendengaran parol sebelum ini pada Ogos 2016, Chapman menyatakan dirinya sewaktu kejadian itu, sebagai seorang sociopath dengan perasaan rendah diri yang teruk, hinggakan percaya bahawa tindakan membunuh Lennon dapat memberi ‘kemasyhuran’ kepadanya.
“Saya obses dengan satu perkara, dan dengan membunuhnya, saya sangakakan boleh menjadi seseorang.
“Selepas 35 tahun, saya dapati itu adalah satu keputusan yang dahsyat dan sangat mementingkan diri sendiri,” katanya dalam satu transkrip.
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#John Lennon
#kes jenayah
#mahkamah
#mark david chapman
#New York
#parol
#pembunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan