Pemilik pertama iPhone 6 di Perth, Australia secara tidak sengaja menjatuhkan peranti berkenaan ketika mengeluarkannya dari kotak, lapor The Independent.

Perkara berkenaan berlaku apabila pemiliknya, Jack Cooksey cuba menunjukkan telefon pintar berkenaan sebelum ianya jatuh ke lantai dalam satu temu bual televisyen yang diadakan secara langsung.

"Saya panik kemudian tak sengaja telefon jatuh. Keadaannya masih baik kerana masih berplastikā€ kata Cooksey.

Beliau kemudian memeriksa skrin mudah alih berkenaan untuk memastikan ia tidak mempunyai sebarang kesan calar.


Menurut portal berita, Cooksey tidak sabar untuk mendapatkan telefon tersebut selepas menempahnya secara online.

Cooksey beratur bersama 200 pelanggan lain di luar kedai Apple di Perth untuk mengambilnya.

"Saya tidak sabar untuk membukanya sekali lagi - dan tidak menjatuhkannya," katanya

Australia adalah salah satu negara pertama di dunia menjual iPhone 6.

IPhone 6 telah dilancarkan pada 9 September bersama beberapa peranti dan aplikasi lain yang membuatkan orang ramai dari seluruh dunia tidak sabar untuk melihat dan memilikinya.