Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno yakin lebih 40 peratus daripada 50,569 pengundi yang layak mengundi di Kuala Lumpur, keluar mengundi awal untuk Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden
Indonesia 2014 pada hari Sabtu.
Ini berdasarkan peningkatan kehadiran jumlah pengundi di dua pusat pengundian di sini, iaitu di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Jalan Tun Razak dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur di Lorong Tun Ismail, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
"Sejak 9 pagi tadi dan sehingga jam 3 petang ini, pengundi tidak berhenti-henti datang untuk menunaikan kewajiban (mengundi) dan ini merupakan petanda yang baik kepada kita.
"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan sebenar pengundi yang turun untuk mengundi hanya dapat diketahui selepas jam 7 malam ini atau keesokan hari," katanya.
Prayitno sebelum ini berkata terdapat 420,643 warga Indonesia yang menetap di negara ini mendaftar sebagai pemilih.
Sebanyak 246,626 daripada jumlah itu merupakan pengundi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, dan mengundi melalui pos iaitu surat telah dikirim pada 27 Jun lepas dan bagi 47,596 pemilih yang bekerja di kilang atau ladang, pengundian dilakukan melalui sistem 'drop box' dan kertas undi dikirim sejak Selasa.
Selebihnya 126,421 pemilih mengundi di pusat pengundian awal di Kuala Lumpur serta di lima konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Johor, Kuching dan dua di Sabah.
Sementara itu, sejak pusat pengundian dibuka 9 pagi ini, proses pengundian bagi Pemilu Presiden Indonesia yang ke-11 berjalan lancar dan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Prayitno dan isterinya Ratna Andarwati turut mengundi di KBRI jam 10.30 pagi Sabtu.
Beliau yang ditemui pemberita selepas mengundi berkata 70 peratus daripada pengundi warga Indonesia di sini terdiri daripada mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor, sementara 30 peratus lagi terdiri daripada pelajar yang menuntut di pelbagai institusi pengajian di sini.
Pemilu Presiden Indonesia kali ini akan menentukan pemimpin Indonesia bagi penggal 2014-2019 yang ditandingi oleh Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa mewakili Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) serta Joko Widodo (Jokowi) dan Jusuf Kalla daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Prayitno berkata Pemilu Presiden Indonesia 2014 memang dinantikan oleh warga Indonesia di Malaysia kerana ia boleh mengubah wajah pentadbiran dan sosio-ekonomi negara berkenaan.
"Secara keseluruhan, kita menganggap pemilihan Pemilu Presiden penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat lantas memperbaiki hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) KBRI di Kuala Lumpur Tengku Adnan Tengku Azlan berkata seramai 420 anggota ditugaskan untuk mengawal dan memantau proses pengundian dengan 154 petugas di KBRI dan selebihnya di Sekolah Indonesia.
Sebanyak 22 kaunter daftar pemilih dibuka di KBRI, dan 38 di Sekolah Indonesia KL, tambahnya.
Bagi kontraktor Slamet Ruswanto, 31, yang berasal dari Cicalap, Jawa Tengah yang menetap di Malaysia sejak dua tahun lepas, sanggup mengambil cuti bagi mengundi hari ini yang dianggapnya penting untuk nasib orang sepertinya yang mempunyai anak dan isteri yang ditinggalkan di Indonesia.
"Sebagai golongan yang tidak berkemampuan, saya mengharapkan pemerintahan menjadi lebih baik selepas ini dan taraf hidup masyarakat serta sistem pertahanan juga meningkat. Ini kerana memang sudah lama saya ingin melihat di Indonesia maju," katanya.
Bagi pelajar jurusan Pengurusan Hospitaliti di Universiti Taylor Jimmy Japola, 20, yang mengundi buat kali pertama berkata kini masanya untuk generasi muda Indonesia untuk bersuara dengan mengundi calon yang mereka inginkan.
"Semoga segala janji yang dilontarkan calon-calon presiden ketika kempen pemilihan bukan omongan kosong dan akan ditunaikan tatkala menjadi pemimpin.
"Pada ketika ini walaupun kemajuan Indonesia lumayan, saya merasakan penambahbaikan untuk urusan kenegaraan perlu dibuat lebih-lebih lagi melibatkan ekonomi," tambahnya.
Bagi suri rumah sepenuh masa Diyana Chong, 52, yang kali kedua beliau mengundi di Malaysia sejak menetap di sini 10 tahun yang lepas berkata walaupun beliau telah berkahwin dengan rakyat Malaysia, Indonesia sentiasa dekat dengan hatinya.
"Saya cuma mengharapkan Indonesia mampu menjaga keamanan supaya ia bisa mengekalkan hubungan baiknya dengan negara luar seperti Malaysia, hal-hal lain boleh dikemudiankan," katanya.
Bagi jurugambar bebas Agung Sunarto, 29, pula berkata sesiapa pun yang menjadi presiden baharu tidak penting, yang penting yang dipilih sebagai presiden harus bijak merencanakan pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
Sementara Yadi Kusmayadi, 38, yang telah tinggal di sini sejak lima tahun lepas pula menganggap pemilihan Presiden kali ini paling emosional kerana melibatkan dua parti yang sama-sama mahu menegakkan kepentingan rakyat.
"Bagi saya, pemilihan ini benar-benar demokrasi terbuka," katanya yang menjadi pengurus di sebuah syarikat minyak dan gas.
Bernama
Sun Jul 06 2014
Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno bersama isterinya Ratna Prayitno melakukan pengundian awal bagi Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia yang ke-11. -Foto BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan supaya tiada perbezaan kadar di antara pelajar-pelajar tajaan agensi kerajaan di negara tersebut.
Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji
"Saya pun macam perdana menteri... juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit."
Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi
Sebanyak 11 penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sejak Mei lalu.
Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik.
Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa
Satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung
Objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.
Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.