awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague

Bernama
Bernama
07/12/2024
22:00 MYT
Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague
Anggota bomba berdiri di tepi bangunan yang runtuh susulan letupan besar di The Hague, 7 Dis 2024.(Foto AP)
THE HAGUE: Pemimpin Belanda meluahkan rasa terkejut mereka pada Sabtu susulan letupan besar yang menyebabkan sebahagian bangunan pangsapuri di The Hague runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang cedera, lapor Xinhua.
“Terkejut melihat imej dahsyat bangunan pangsapuri yang runtuh di The Hague,” tulis Perdana Menteri Dick Schoof di platform media sosial X.
Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima turut menzahirkan simpati mereka di X dengan berkata, “Beta berdua bersimpati dengan semua yang terkesan secara peribadi dan mereka yang bimbang akan nasib orang tersayang.”
Letupan kuat itu berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague, menyebabkan sebahagian bangunan runtuh.
Sekurang-kurangnya empat mangsa, termasuk seorang kanak-kanak, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Pasukan kecemasan, termasuk unit khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR), masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Pegawai memberi amaran bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat sehingga 20 orang.
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan beberapa bahagian hadapan pangsapuri telah musnah. Bangunan itu mempunyai kedai di tingkat bawah dan dua tingkat kediaman di atasnya.
Punca letupan masih belum diketahui, namun pihak polis melaporkan sebuah kereta dilihat memecut laju meninggalkan lokasi sejurus selepas letupan. Pihak berkuasa kini memohon saksi yang melihat kenderaan terbabit untuk tampil membantu siasatan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#letupan
#pangsapuri runtuh
#The Hague
#bangunan runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan