NEW YORK: Lebih daripada 150 pemimpin dunia berkumpul di sini dengan bermulanya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada Selasa tanpa empat pemimpin daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu.
Pada tahun ini UNGA yang merupakan badan pembuat dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , sekali lagi menumpukan isu seperti krisis makanan global, kenaikan harga makanan, pemanasan global dan konflik Ukraine-Rusia.
Dalam mengekalkan tradisi yang berdekad-dekad lamanya, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva adalah pemimpin pertama yang mengeluarkan kenyataan negara pada sesi Debat Umum, diikuti Presiden Amerika Syarikat Joe Biden selaku negara tuan rumah.
Dalam ucapannya, Presiden AS, satu-satunya pemimpin anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang hadir di sini, menggesa seluruh dunia supaya menentang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin, rakan sejawatnya dari China Xi Jinping, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak tidak hadir pada perhimpunan selama seminggu itu.
Bagaimanapun, perhimpunan tahunan itu menyaksikan kembalinya Presiden Volodymyr Zelenskyy yang konflik negaranya dengan Rusia masih merupakan satu daripada isu yang dibincangkan di UNGA.
Selain daripada pemimpin negara dan kerajaan, ratusan perwakilan daripada pelbagai agensi PBB dan pertubuhan masyarakat madani menyertai beberapa acara dijadualkan sepanjang minggu ini.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba di New York pada pukul 10 pagi Rabu (10 malam waktu Malaysia) untuk membuat penampilan sulungnya di UNGA dengan kenyataan negara dijadual akan disampaikan beliau pada pukul 10 pagi Jumaat (10 malam waktu Malaysia).
Tema Debat Umum pada tahun ini ialah: " Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all".
Mengulas mengenai ketidakhadiran empat pemimpin berprofil tinggi, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata beliau tidak begitu kisah mengenai siapa yang datang ke New York daripada apa yang perlu diselesaikan, terutamanya untuk menghidupkan semula Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang perlahan dalam usaha mencapainya.
"Ini bukan 'Vanity Fair' . Ini adalah sebuah badan politik di mana kerajaan-kerajaan diwakili, katanya kepada UN News.
Pada Isnin, pemimpin dunia di Sidang Kemuncak SDG 2023 menerima Deklarasi Politik untuk mengukuhkan semula komitmen perkongsian mereka bagi menamatkan kemiskinan dan kelaparan, memerangi ketidaksamaan dalam dan antara negara-negara serta membina masyarakat yang aman dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang.
Menurut Presiden UNGA Dennis Francis, 1.2 bilion orang masih lagi tinggal dalam kemiskinan setakat 2022, dan secara kasarnya lapan peratus daripada populasi global atau 680 juta manusia akan tetap berhadapan kelaparan menjelang penghujung dekad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Perhimpunan tahunan itu menyaksikan kembalinya Presiden Volodymyr Zelenskyy yang konflik negaranya dengan Rusia masih merupakan satu daripada isu yang dibincangkan di UNGA. - Foto REUTERS
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Penerimaan resolusi gencatan senjata di Gaza 'kemenangan penting' - PBB
Selepas negara anggota PBB mengundi memihak kepada gencatan senjata segera di Gaza, resolusi itu perlu dilaksanakan.
Peranan China di persada dunia semakin penting - Bekas Canselor Austria
Peranan dan suara China semakin penting dalam membantu mewujudkan dunia "multipolar", menurut bekas Canselor Austria, Wolfgang Schuessel.
Visi komuniti berkongsi nasib termaktub dalam resolusi UNGA
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan visi China itu termaktub dalam resolusi berkenaan selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2017.
Malaysia hargai 121 negara yang memperjuang nasib Gaza dalam sesi tergempar UNGA
Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan.
Hamas desak pelaksanaan resolusi UNGA untuk bantu Gaza
Langkah itu akan memboleh bantuan kemanusiaan memasuki Gaza untuk mengelak bencana kemanusiaan.
Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.
Presiden Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi mengenai Gaza
Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu.
UNGA terima resolusi untuk gencatan senjata segera, bantuan kemanusiaan di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung
Malaysia optimis resolusi pada sesi tergempar UNGA dapat sokongan
Optimisme itu setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik.
Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Majlis Keselamatan itu memiliki tanggungjawab besar menjaga perdamaian dunia, namun masih gagal mencapai keputusan di saat korban meningkat.