DUNIA
Pemimpin Hamas bertemu Menteri Luar Iran, setuju terus bekerjasama

Seorang lelaki Palestin berdiri di tapak bangunan yang musnah di Semenanjung Gaza pada Sabtu. Bagunan tersebut musnah akibat serangan udara oleh tentera Israel. - Gambar AP
PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniyeh, dilaporkan telah bertemu dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian, di Qatar.
Amir-Abdollahian bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan tersebut untuk mencapai matlamat mereka, menurut kenyataan Hamas yang dikutip oleh agensi berita antarabangsa.
Semasa pertemuan mereka di ibu negara Qatar, Doha, Amir-Abdollahian memuji serangan Hamas terhadap sasaran Israel seminggu yang lalu sebagai "kemenangan bersejarah" yang telah memberikan pukulan kepada apa yang beliau sebut sebagai penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami