awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin rampasan kuasa di Niger minta delegasi Nigeria tarik balik sekatan

Bernama
Bernama
13/08/2023
10:11 MYT
Pemimpin rampasan kuasa di Niger minta delegasi Nigeria tarik balik sekatan
Jeneral Abdourahamane Tchiani (kanan) berkata pihak berkuasa baharu di Niger terbuka kepada usaha untuk mengembalikan keamanan. - Reuters
MOSCOW: Pemimpin pemberontak yang merampas kuasa di Niger, Jeneral Abdourahamane Tchiani yang bertemu delegasi pemimpin agama dari Nigeria, menggesa supaya sekatan yang dikenakan terhadap Niamey, ketua kerajaan tentera pemberontak Niger, ditarik balik, lapor Sputnik memetik Ali Lamine Zeine pada Ahad.
"Ketua negara berkenaan mengarahkan mereka (pemimpin agama) membei penjelasan mengenai kehendak mereka supaya sekatan yang dianggap tidak berperikemanusiaan... dan tidak boleh diterima itu ditarik balik," kata Zeine.
Beliau berkata pihak berkuasa baharu di Niger terbuka kepada usaha untuk mengembalikan keamanan.
Presiden Mohamed Bazoum diguling dan ditahan oleh pengawalnya sendiri yang diketuai oleh Tchiani dalam rampasan kuasa di Niger pada 26 Julai.
Susulan itu, Majlis Kebangsaan sementara untuk Perlindungan Tanah Air menutup sempadan negara serta mengetepikan perjanjian keselamatan dengan Perancis, bekas penjajahnya.
Ekoran rampasan kuasa itu, Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) menggantung semua bantuan kewangan kepada Niger, membekukan aset pemberontak dan mengenakan larangan penerbangan komersial masuk dan keluar dari negara itu serta menutup semua sempadan.
ECOWAS juga memberi tempoh seminggu kepada pemimpin rampasan kuasa supaya mengembalikan Bazoum ke jawatannya dan memulihkan keadaan, dengan memberi bayangan bahawa badan itu akan menggunakan campur tangan tentera.
Tempoh itu berakhir Ahad lepas dan pada Khamis, ECOWAS yang mengadakan sidang kemuncak kecemasan keduanya, mengumumkan pengaktifan pasukan siapsiaga multinasionalnya untuk memulihkan keamanan di Niger.
Perancis dan Amerika Syarikat juga telah menyatakan sokongan terhadap keputusan ECOWAS itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Niger
#Nigeria
#sekatan
#abdourahamane tchiani
#Niamey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan