DUNIA
Pempengaruh maut ketika 'cabaran ekstrem' siaran langsung 12 hari

Siasatan dilancarkan selepas dakwaan JP menjadi mangsa kekerasan melampau sepanjang siaran tersebut. - Foto/ Agensi
SEORANG pempengaruh media sosial meninggal dunia ketika sedang bersiaran langsung.
Ringkasan AI
- JP meninggal dunia ketika bersiaran langsung di platform Kick selepas melakukan penstriman hampir 300 jam. Pejabat Pendakwa Raya Nice telah melancarkan siasatan dan mengarahkan autopsi.
- Pengikut mendakwa JP menjadi mangsa kekerasan melampau termasuk dipukul dan dicekik sepanjang tempoh siaran. Video terdahulu menunjukkan dia sering dibuli dan dipaksa melakukan aksi memalukan oleh pempengaruh lain.
- JP, seorang veteran tentera dengan lebih sejuta pengikut, sering terlibat dalam cabaran ekstrem bersama pempengaruh lain seperti Owen Cenazandotti dan Safine Hamadi. Peguam kepada Cenazandotti mendakwa JP mengalami masalah kardiovaskular.
Pengikutnya mendakwa JP berdepan ‘tindakan kekerasan melampau’ termasuk dipukul dan dicekik sepanjang tempoh hampir 12 hari tersebut.
Veteran tentera itu, yang kerap bersiaran langsung ketika bermain permainan video, mempunyai lebih sejuta pengikut di beberapa platform media sosial.
Dia juga sering melakukan cabaran ekstrem dan menjadi ‘sasaran ganas’ pempengaruh lain demi menghasilkan kandungan yang kononnya untuk menghiburkan pengikut mereka.
Sejak 2023, JP bersiaran langsung bersama beberapa pempengaruh terkenal lain termasuk Owen Cenazandotti atau Naruto Online serta Safine Hamadi, yang turut bersama dalam siaran terakhirnya.
Koleksi video JP jelas menunjukkan dia kerap menjadi sasaran gurauan melampau, mangsa buli, diserang secara fizikal serta dipaksa melakukan aksi memalukan.
Sementara itu, Yassin Sadouni, peguam kepada Cenazandotti, mendakwa JP mengalami masalah kardiovaskular. - Sinar Harian/ Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami