Lebih 280 anggota mencari dan menyelamat Indonesia hari ini meneruskan usaha mencari mangsa insiden bot karam di perairan Pulau Batam pada Rabu dengan dibantu oleh pelbagai agensi lain republik itu.

Menurut agensi bencana negara, bot terbabit yang membawa kebanyakannya pendatang terbalik selepas bot melanggar terumbu karang dan terbalik.

Bot terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Johor di Semenanjung Malaysia menuju ke Pulau Batam ke selatan Singapura sebelum tenggelam.

Ketika kejadian dianggarkan 98 orang penumpang dan tiga anak kapal terpaksa bergelut dengan angin kencang dan ombak besar.

Sekurang-kurangnya 18 disahkan meninggal dunia, 39 ditemui hidup dan 44 yang lain masih hilang.