BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bertegas bahawa Rusia mesti bertanggungjawab ke atas pencerobohannya di Ukraine.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, tribunal khas juga perlu diwujudkan bagi melakukan pendakwaan jenayah terhadap negara itu.

Bercakap pada persidangan baru-baru ini di Brussels, von der Leyen berkata, beliau sendiri telah menyaksikan kekejaman yang dilakukan  tentera Rusia di bandar Ukraine.

Malah katanya, semakin banyak bukti yang menunjukkan serangan Rusia terhadap orang awam, selain kemusnahan ke atas sumber tenaga serta infrastruktur.

Tentera Rusia juga didakwa melakukan penyeksaan, memberikan layanan buruk, melakukan keganasan seksual dan menjatuhkan hukuman mati secara rahsia terhadap orang awam.

Justeru, tegasnya, Rusia dan Presidennya Vladimir Putin perlu bertanggungjawab ke atas semua jenayah ngeri yang dilakukan sejak setahun lalu.

Kesatuan Eropah juga juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara lain bagi mengambil tindakan ke atas Rusia demi keadilan untuk Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas setahun, konflik Rusia-Ukraine terus meruncing