awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencipta watak SpongeBob, Stephen Hillenburg meninggal dunia

Agensi
Agensi
27/11/2018
21:59 MYT
Pencipta watak SpongeBob, Stephen Hillenburg meninggal dunia
Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004. - AP
PENCIPTA watak kartun, SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg, meninggal dunia pada Isnin pada usia 57 tahun.
Khabar itu disahkan Nickelodeon, yang menjadi penyiar siri kartun tersebut sejak tahun 1999.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata punca kematian Hillenburg adalah penyakit saraf motor ALS, iaitu penyakit yang didiagnosis dan telahpun didedahkan kepada umum pada Mac tahun lalu.
Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004.
We are sad to share the news of the passing of Stephen Hillenburg, the creator of SpongeBob SquarePants. Today, we are observing a moment of silence to honor his life and work.
— Nickelodeon (@Nickelodeon) November 27, 2018
Kenyataan rasmi Nickelodeon itu menambah: “Hillenburg menyuntik elemen unik pada SpongeBob SquarePants dengan humor dan kenaifan, yang membawa keseronokan kepada generasi kanak-kanak dan seisi keluarga di mana-mana saja.
“Watak-watak tulen itu akan selamanya menjadi peringatan tentang nilai optimis, persahabatan dan kuasa imaginasi yang tiada batasnya.”
Watak Spongebob sangat dikenali oleh kanak-kanak dan seisi keluarga di seluruh dunia. - Gambar fail
Watak Spongebob sangat dikenali oleh kanak-kanak dan seisi keluarga di seluruh dunia. - Gambar fail
Netizen seluruh dunia menerima berita kematian itu dengan penuh rasa dukacita, dengan rata-ratanya mengimbas momen ‘keseronokan bergelak ketawa yang menambahkan seri kehidupan’.
Hillenburg meninggalkan seorang balu, Karen Hillenburg, dan seorang anak lelaki, Clay.
Siri kartun SpongeBob SquarePants mempunyai lebih daripada 200 episod selain berkembang menjadi dua buah filem serta sebuah muzikal Broadway.
Topic Berkaitan
#nickelodeon
#siri kartun
#Spongebob SquarePants
#stephen hillenburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan