awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuri sos tomato mohon maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2019
00:49 MYT
Pencuri sos tomato mohon maaf
Surat dan botol sos tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk Restoran Perkin di bandar Lacey pada malam Rabu lalu oleh pengurus restoran yang mahu menutup premis berkenaan. -Foto Sinar Harian
Seorang pencuri yang mengambil sebotol sos tomato dari sebuah restoran di New Jersey, Amerika Syarikat menyerahkan dua botol sos yang baharu serta sepucuk surat sebagai tanda minta maaf.
Surat dan botol sos tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk Restoran Perkin di bandar Lacey pada malam Rabu lalu oleh pengurus restoran yang mahu menutup premis berkenaan.
Dalam surat yang dikongsi di laman Facebook, pencuri mengakui mengambil botol sos tersebut ketika makan di restoran terbabit.
Si pencuri turut menyatakan dirinya ditimpa nasib malang termasuk terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas mencuri sebotol sos tersebut.
Dengan mengembalikan dua botol sos tomato yang baharu, diharapkan nasib buruknya akan berlalu.
"Sekali lagi saya meminta maaf sekiranya saya sudah menyusahkan anda sepertimana hidup telah menyusahkan saya," kata si pencuri dalam surat itu.
Dalam pada itu, pengurus restoran berkata pihaknya memaafkan pencuri berkenaan dan memberitahu bahawa pekerjanya tidak menyedari kehilangan botol sos tersebut.- Agensi
Topic Berkaitan
#ditimpa nasib malang
#Lacey
#New Jersey
#pencuri
#Restoran Perkin
#sos tomato
#surat minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan