awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki wanita Pakistan, Iran, Lubnan catat rekod tawan puncak gunung K2

Bernama
Bernama
22/07/2022
21:40 MYT
Pendaki wanita Pakistan, Iran, Lubnan catat rekod tawan puncak gunung K2
Pendaki gunung terkenal Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat. -Instagram/saminabaigofficial
NEW DELHI: Pendaki wanita dari Pakistan, Iran dan Lubnan telah mencipta rekod apabila berjaya menawan puncak K2, gunung kedua tertinggi di dunia.
Pendaki gunung terkenal Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat, lapor media Pakistan.
Gunung setinggi 8,611 meter di Banjaran Karakoram itu kurang kira-kira 200 meter berbanding Gunung Everest yang tertinggi di dunia.
Samina juga merupakan satu-satunya wanita pertama Pakistan yang telah mendaki Everest.
Afsaneh Hesamifard dari Iran dan Nelly Attar, warga Lubnan yang dibesarkan di Arab Saudi, juga menjadi wanita pertama dari negara masing-masing berjaya ke puncak K2.
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pendaki lelaki dan wanita dari beberapa negara yang cuba mendaki K2.
Seorang lagi wanita Pakistan daripada kumpulan pendaki itu, Naila Kiani juga berjaya ke puncak.
Pendakian K2 dianggap antara yang paling berbahaya di dunia kerana bentuk muka bumi dan cuacanya yang berbahaya.
Pendaki Afghanistan Ali Akbar Sakhi, yang merupakan sebahagian daripada pasukan ekspedisi, meninggal dunia semasa percubaan itu akibat serangan jantung, menurut laporan akhbar Dawn.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki wanita
#Pakistan
#Iran
#lubnan
#puncak K2
#gunung kedua tertinggi
#Samina Baig
#Afsaneh Hesamifard
#Nelly Attar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan