BANDAR MEXICO: Penduduk Mexico berbaring di atas tilam dan bantal untuk tidur siang beramai-ramai di bawah bayang-bayang Monumen Revolusi yang ikonik di bandar Mexico bagi meraikan Hari Tidur Sedunia pada Jumaat lalu.

Ketika matahari terbenam, peserta yang mengantuk menikmati rehat selama sejam diikuti dengan sesi meditasi dan senaman pernafasan.

Acara tidur siang beramai-ramai yang dianjurkan oleh kerajaan Mexico bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tidur itu berjaya menarik lebih 300 peserta yang teruja.

Seorang peserta berkata beliau berharap acara itu akan meningkatkan kesedaran pekerja menuntut lebih banyak rehat daripada syarikat mereka bekerja bagi mendapatkan rehat yang berkualiti.

Hari Tidur Sedunia disambut setiap tahun pada 15 Mac manakala tema tahun ini ialah 'Ekuiti Tidur untuk Kesihatan Global', menekankan perbezaan dalam kualiti tidur di seluruh dunia. - Agensi