awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2022
23:51 MYT
Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia
Montagnier mengetuai pasukan yang mengenal pasti virus HIV, penyebab utama AIDS pada tahun 1983. - Foto AP
PARIS: Ahli virologi warga Perancis, Luc Montagnier yang memenangi Hadiah Nobel pada 2008 kerana menemui virus HIV, meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Berita pemergiannya disahkan pegawai kerajaan Perancis dan memaklumkan Montagnier meninggal dunia pada Selasa di Hospital Amerika di Paris.
Butiran lain tidak didedahkan.
Montagnier mengetuai pasukan yang mengenal pasti virus HIV, penyebab utama AIDS pada tahun 1983.
Beliau turut berkongsi Hadiah Nobel dalam bidang perubatan yang dimenangi pada 2008 bersama rakannya Francoise Barre-Sinoussi.
Menteri Pelajaran Tinggi dan Penyelidikan Perancis, Frederique Vidal mengucapkan takziah kepada keluarga Montagnier dalam satu kenyataan pada Khamis serta memuji penyelidikan mendiang berkenaan HIV.
Montagnier dilahirkan pada tahun 1932 di Chabris, sebuah kampung kecil di Perancis.
Menurut laman web rasmi Hadiah Nobel, Montagnier mempelajari ilmu perubatan di Poitiers dan Paris.
Mendiang menyertai Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CNRS) pada tahun 1960 dan dilantik sebagai ketua Jabatan Virologi di Institut Pasteur pada tahun 1972.
Pada tahun 1983, mendiang bersama Barre-Sinoussi mengetuai pasukan di Institut Pasteur yang menemui virus HIV dan seterusnya menjelaskan bagaimana ia menjadi punca penyakit AIDS.
Topic Berkaitan
#Luc Montagnier
#meninggal dunia
#HIV
#AIDS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan