Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai, Tamil Nadu ialah antara beberapa penerbangan yang ditunda dan dilencongkan ke bandar raya berdekatan kerana kabus tebal menyelubungi lapangan
terbang di bandar raya selatan India ini hari ini.
Semakan data penerbangan mendapati bahawa penerbangan AK11, yang sepatutnya mendarat di Chennai pada 7.25 pagi waktu tempatan dilencongkan ke Colombo, Sri Lanka.
Pesawat yang membawa 168 penumpang itu kemudian mendarat dengan selamat pada 11.15 pagi waktu tempatan apabila jarak penglihatan bertambah baik.
"Keadaan kabus yang jarang berlaku itu telah mencetuskan situasi kelam-kabut di lapangan terbang Chennai selama beberapa hari. Bukan penerbangan AirAsia sahaja yang terjejas.
"Penerbangan yang ditunda atau dilencongkan ialah penerbangan yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi hari ini," kata seorang pegawai yang berpusat di lapangan terbang Chennai.
Keadaan kabus tebal ialah masalah biasa yang sering dihadapi oleh lapangan terbang di utara India semasa musim sejuk tetapi tidak di bandar raya di selatan India.
Ketika ditanya mengapa penerbangan dialih ke Colombo, pegawai itu berkata setiap lapangan terbang mempunyai ruang untuk menerima penerbangan yang dilencongkan dan biasanya lapangan terbang paling dekat akan dipilih.
"Ia merupakan amalan biasa dalam industri penerbangan," katanya kepada Bernama.
Laporan Times of India pada Isnin berkata jarak penglihatan mula merosot pada tengah malam Sabtu sehingga 50 meter dan sejak itu beberapa penerbangan yang dijadualkan mendarat dan berlepas dari Chennai telah terjejas.
Ia memetik seorang pegawai dari Pejabat Meteorologi sebagai berkata bahawa kabus jarang berlaku di Chennai tetapi kondensasi air akibat tiupan angin dari utara dan tahap kelembapan udara yang tinggi menjejaskan jarak penglihatan selama kira-kira lima hari dalam setahun pada dua minggu pertama
Januari.
Justeru, keadaan yang serupa kemungkinan akan berterusan selama beberapa hari lagi, kata beliau.
Bernama
Tue Jan 06 2015
Pesawat yang membawa 168 penumpang itu kemudian mendarat dengan selamat pada 11.15 pagi waktu tempatan apabila jarak penglihatan bertambah baik. - File pic
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.