awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Damsyik kembali beroperasi Selasa ini

Bernama
Bernama
04/01/2025
21:30 MYT
Penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Damsyik kembali beroperasi Selasa ini
Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lepas selepas kemudahan penerbangan itu dirosakkan susulan penggulingan Presiden Al-Assad. - Foto REUTERS
KAHERAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadualkan menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu depan, menurut seorang pegawai penerbangan Syria, laporkan agensi berita Jerman (dpa).
"Kami mengumumkan penyambungan semula penerbangan antarabangsa ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik mulai 7 Januari," kata Ashhad al-Salibi, Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, pada Sabtu.
Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lepas selepas kemudahan penerbangan itu dijarah dan dirosakkan susulan penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad, menurut sumber Kementerian Pengangkutan.
Al-Salibi memberitahu agensi berita rasmi Syria, SANA, bahawa pihak berkuasa penerbangan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan di lapangan terbang Damsyik dan bandar utara Aleppo untuk membolehkan penerbangan dari seluruh dunia mendarat.
Awal minggu ini, Qatar Airways mengumumkan akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik bermula Selasa.
Penerbangan domestik di lapangan terbang Damsyik telah beroperasi semula pada 18 Disember.
Sejak penggulingan Bashar al-Assad, kerajaan baharu Syria terus berusaha memulihkan keselamatan serta memperbaiki kemudahan negara yang terjejas akibat peperangan selama lebih sedekad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan antarabangsa
#lapangan terbang damsyik
#penggulingan
#Bashar al-Assad
#kembali beroperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan