awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan

Bernama
Bernama
15/08/2023
03:40 MYT
Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan
Rakaman video ketika suspek (kiri) bercakap dengan anak kapal ketika di dalam penerbangan MH122 dari Australia ke Malaysia, 14 Ogos 2023. - Gambar fail AP
SYDNEY: Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas mengganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.
Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin, lapor Xinhua.
Jika sabit kesalahan, masing-masing boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda melebihi 15,000 dolar Australia (kira-kira AS$9,727).
Lelaki itu dijangka tampil di Mahkamah Tempatan Pusat Downing juga pada Selasa.
Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Sydney pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan menuju ke Kuala Lumpur pada Isnin tetapi terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 3.45 petang waktu tempatan.
"Semasa penerbangan, penumpang lelaki itu didakwa mencetuskan gangguan dan mendakwa membawa bahan letupan.
"AFP menahan lelaki itu tanpa sebarang insiden," menurut polis persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Persekutuan Australia
#gangguan dalam pesawat
#Penerbangan MH122 berpatah balik
#lelaki didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan