awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Scoot ke Perth berpatah balik ke Singapura selepas terima ancaman bom

Bernama
Bernama
12/10/2023
13:21 MYT
Penerbangan Scoot ke Perth berpatah balik ke Singapura selepas terima ancaman bom
Penerbangan Scoot TR16 dari Singapura ke Perth terpaksa berpatah balik ke republik itu apabila menerima ancaman bom selepas kira-kira sejam di udara. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Penerbangan Scoot TR16 dari Singapura ke Perth terpaksa berpatah balik ke republik itu apabila menerima ancaman bom selepas kira-kira sejam di udara, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Pesawat itu berlepas pada 4.11 petang hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Scoot berkata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah dikerah untuk mengiringi pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Changi.
"Perkhidmatan kecemasan turut diaktifkan," menurut kenyataan itu.
TR16 selamat mendarat di Singapura pada 6.27 petang untuk pemeriksaan keselamatan.
Scoot berkata syarikat penerbangan itu juga membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka.
"Memandangkan ini membabitkan aspek keselamatan, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan Scoot
#Berpatah Balik
#ancaman bom
#Perth
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan