Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Brennan pada Ahad memberi amaran kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar melonggarkan sekatan ke atas Rusia selain mengingatkannya supaya berhati-hati dengan apa yang dikatakannya.
Peringatan itu disampaikan beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah Trump pada 20 Januari, lapor Reuters.
Brennan tidak bersetuju apabila Trump membandingkan agensi perisikan AS dengan Nazi Jerman dalam komennya, yang secara tidak langsung mencerminkan pergeseran luar biasa antara bakal Presiden itu dengan 17 agensi perisikan yang bakal berada di bawah arahannya.
Dalam sebuah wawancara televisyen, Brennan mempersoalkan mesej yang akan tersebar ke seluruh dunia jika media menyiarkan kata-kata Trump mengenai ketidakyakinan beliau terhadap agensi-agensi perisikan AS sendiri.
"Apa yang saya anggap tidak wajar adalah apabila dia menyamakan komuniti perisikan dengan Nazi Jerman.
“Saya benar-benar tersinggung, dan sebenarnya Trump tiada asas untuk menuding jari kepada komuniti perisikan kerana membocorkan maklumat yang sudahpun diketahui umum,” ujar Brennan.
Kritikan Brennan adalah lanjutan daripada ‘perselisihan’ antara Trump dengan pemimpin-pemimpin agensi perisikan sepanjang minggu lalu berkaitan laporan tentang Rusia yang memiliki maklumat berisiko mengenai Trump.
Ia ada kaitan tentang penglibatan Rusia dalam menentukan keputusan pemilihan Presiden AS yang lalu, dan perkara itu telah diketengahkan oleh Presiden Barack Obama.
Trump menuduh komuniti perisikan membocorkan maklumat berkenaan, namun dinafikan ketua-ketua agensi risikan. Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab agensi untuk memberitahu Presiden jika maklumat sebegitu sedang tersebar.
Agensi
Sun Jan 15 2017
Brennan 'bengang' terhadap kenyataan Trump yang membandingkan agensi perisikan AS dengan Nazi. - Foto Reuters
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
India usir diplomat Kanada sebagai reaksi langkah serupa diambil Ottawa
India telah memutuskan untuk mengusir seorang diplomat kanan Kanada, meminta perwakilan asing itu meninggalkan negara ini dalam tempoh lima hari.
Bekas pegawai kanan bahagian JPM direman lima hari
Ia berhubung kes menyalah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan peribadi.
Pengarah CIA ingatkan Trump agar jangan celupar, berwaspada tentang Rusia
Perkembangan semasa menunjukkan pergeseran luar biasa antara bakal Presiden itu dengan 17 agensi perisikan yang bakal berada di bawah arahannya.
Puluhan maut, lebih 300 cedera dalam serangan di Kabul
Serangan yang dilakukan di kejiranan padat didiami penduduk itu merupakan serangan besar pertama Taliban di ibu negara sejak musim pertempuran bermula.