awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Dallas Buyers Club, Jean-Marc Vallee meninggal dunia

Agensi
Agensi
27/12/2021
13:08 MYT
Pengarah Dallas Buyers Club, Jean-Marc Vallee meninggal dunia
Punca kematiannya masih disiasat dan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Foto AP
PENGARAH filem terkenal, Jean-Marc Vallee meninggal dunia pada Ahad di Bandar Quebec, Kanada pada usia 58 tahun.
Berita tersebut diumumkan oleh bahagian publisiti syarikat produksinya, Crazyrose, kepada portal CNN.
Bagaimanapun punca kematiannya masih disiasat dan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sebelum mengarah filem Bahasa Perancis pertamanya berjudul Liste Noire atau dikenali sebagai Blacklist dalam versi Bahasa Inggeris, Vallee memulakan langkahnya dengan mengarahkan beberapa video muzik di Kanada dan filem pendek.
Filemnya yang paling diingati, Dallas Buyers Club pada 2013, berjaya merangkul tiga anugerah daripada enam pencalonan di Anugerah Akademi pada 2014.
Ia termasuk anugerah pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh Matthew McConaughey, Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jared Leto) serta Anugerah Solekan dan Tatarias Rambut.
Kemudian pada 2017, Vallee memulakan karier dalam penerbitan televisyen sebagai penerbit eksekutif drama bersiri Big Little Lies di HBO.
Antara filem lain yang diarahkan mendiang termasuk The Young Victoria pada 2009, Wild (2014) dan Demolition (2015).
Topic Berkaitan
#Jean-Marc Vallee
#meninggal dunia
#Liste Noire
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan